Bapa Sanggup Redah Banjir Beli PS5 Demi Tunaikan Permintaan Anak

Tidak dapat dinafikan, pengorbanan seorang bapa memang tiada gantinya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak gembira meskipun harus melalui pelbagai rintangan.

Sama seperti perkongsian seorang YouTuber terkenal Indoneisa, Aditya Wasa Wirman yang sanggup meredah banjir untuk menghadiahkan anak perempuannya permainan video Playstation 5 (PS5).

Perkara tersebut telah dikongsi di saluran YouTube miliknya dan sehingga kini telah video itu mendapat 50,626 tontonan.

Memetik laporan Tribun News, anak perempuan Wasa bernama Zee itu sudah lama teringin untuk memiliki PS5  tersebut dan kadang kala dia juga akan menyimpan wang bagi membantu bapanya membeli permainan video yang diminati ramai itu..

Selain itu, dia mengambil keputusan untuk meredah banjir kerana tempahan sudahpun dilakukan selain demi melihat puteri ciliknya itu gembira.

“Saya mahu mengembirakan anak perempuan saya. Dia sudah lama menanti PS5 ini. Lagipun harganya tidak mahal iaitu Rp8.8 juta (RM2,523) sahaja.

“Saya pasti dengan harga sedemikian, pasti sanggup redah banjir untuk mendapatkan PS5 idaman mereka,” jelasnya.

Setelah mengharungi banjir yang belum surut, akhirnya PS5 itu berjaya diberikan kepada anak tercintanya dan langsung dibawa ke rumah neneknya untuk tinggal di sana buat sementara waktu.

Demi anak tersayang

Sumber: Tribun News & YouTube Wasa Wirman

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Bapa Sanggup Redah Banjir Beli PS5 Demi Tunaikan Permintaan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*