Alun Selawat Buat Anak Dalam Kandungan, Ramai ‘Cair’ Lihat Gelagat Lelaki Ini

Bagi umat Islam, mengalunkan selawat ataupun ayat suci al-Quran merupakan amalan baik yang boleh dilakukan oleh para ibu atau bapa buat BAYl sejak dalam kandungan lagi.

Malah, menurut kata-kata orang tua, jika bayi selalu diperdengarkan dengan benda-benda baik InsyaAllah lahir nanti anak itu akan membesar menjadi seorang anak yang baik..

Begitulah seperti yang dilakukan oleh sepasang suami isteri ini, dimana video ‘sweet’ mereka sewaktu meluangkan masa bersama menjadi tular dan menarik perhatian netizen.

Suara merdu alun selawat buat anak

Dalam video tersebut, jelas kedengaran suara merdu lelaki itu saat mendendangkan selawat badar sambil menempelkan kepalanya dekat pada perut si isteri.

Bagaimanapun, apa yang terjadi selepas itu membuatkan dia sangat teruja. Mana tidaknya, sedang asyik berselawat, tiba-tiba BAYl dalam kandungan seolah-olah memberikan refleksi menendang apabila mendengar suara si bapa

Semoga dapat lelaki macam ini

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan perbuatan lelaki berkenaan dan berasa cembuuru melihat kebahagian mereka berdua.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakaan keinginan mahu berkahwin mereka semakin meluap-luap dan berdoa agar dipertemukan jodoh dengan suami seperti lelaki itu kelak.

Golongan ‘single’ bawa bertenang

Difahamkan lagi, sebelum ini pasangan suami isteri terbabit pernah tular di serata laman sosial kerana mengambil keputusan untuk bernikah hanya selepas dua kali bertemu (taaruf).

Bukan itu sahaja, rupa-rupanya lelaki itu merupakan seorang penyanyi berasal dari Indonesia. Patutlah suaranya cukup merdu! Bertuah betul si isteri.

Sumber: TikTok @reymbayang

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Alun Selawat Buat Anak Dalam Kandungan, Ramai ‘Cair’ Lihat Gelagat Lelaki Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*