Ramai Pelik Tgk Dayah Berjalan Tanpa Pakai Mask Bersama Anak Dan Sumi. Ini Penjelasan Dia

Selepas setahun lamanya terpksa berjauhan dengan suami, akhirnya Dayah Bakar dan anaknya kembali bersatu di bumi Austalia. Difahamkan Dayah Bakar mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengacara untuk tinggal bersama suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang sedang menjalankan tanggungjawab di perantauan.

Sejak berpindah ke sana, Dayah Bakar dilihat sering berkongsi aktivitinya bersama keluarga sehingga ada yang cembvru lihat mereka bebas berjalan di sana. Siap tak pakai pelitup muka lagi!

DAYAH JAWAB SEMUA SOALAN

“Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day.

Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”. Looks like a painting but it’s real.

Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada cvid ke ? Let me answer once and for all ya.

Dekat Canberra dah months tak ada case Cvid . Tidak perlu pakai mask, but they still practise SOP seperti social distancing, sanitize tangan selalu”

Menurut Dayah Bakar, dia diaju pelbagai soalan mengenai k3s Covid-19 di Australia dan ramai pertikaikan kenapa mereka tidak pakai pelitup muka.

Di Australia kes sekarang adalah 0, namun mereka tetap perlu jaga penjarakkan fizikal. Kerajaan mereka turut memberi peringatan setiap masa agar rakyatnya tidak lalai mengenai v1rus Covid-19.

RAMAI LUAH RASA RINDU..

Rata-rata di ruangan komen meluahkan rasa rindu saat tidak diwajibkan memakai pelitup muka.

Tak kurang juga yang tumpang gembira melihat kehidupan Dayah Bakar bersama keluarga.

Yelah rasa macam sudah lama tak keluar bebas tanpa ‘mask’ kan? Semoga Malaysia juga akan kembali pulih seperti sedia kala.

Selamat Tiba Di Australia Dengan Anak, Dayah Bakar Rasa Bercampur Baur Selepas Setahun Tak Jumpa Suami

Pengacara Dayah Bakar, 32, meluahkan rasa syukur selepas selamat tiba di Australia semalam bersama dengan anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri
yang berumur empat bulan.

Ini adalah kali pertama Fahri akan bertemu empat mata dengan ayahnya, Muhammad Hanif Hamidi selepas dilahirkan pada Ogos tahun lalu.
“Alhamdulillah saya dah selamat sampai di Aussie. Sekarang di fasa kuarantin selama 14 hari. Insya-Allah, keluarga kami akan bertemu selepas selesai jalani kuarantin,” tulisnya menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.

Tambah Dayah, dia tidak dapat mengungkap perasaan yang dirasai selepas kali terakhir berjumpa dengan suami pada 6 Januari 2020.

“Susah nak ungkap perasaan sebab bercampur baur. Saya bersyukur, gembira, teruja, gementar, sebak pun ada.

“Masa kali terakhir saya lambai di lapangan terbang, hanya saya dan Hanif tetapi sebenarnya waktu itu Fahri dah ada. Hari ini cukup setahun saya tak jumpa dengan Hanif,” katanya.

Dalam pada itu, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar akui persiapan untuk perjalanan jauh ini lebih tertumpu kepada Fahri.

Katanya, lebih mencabar disebabkan pandemik Covid-19 dan mereka berdua terpksa menjalani kuarantin kendiri di negara asing.

“Saya fly berdua sahaja dengan Fahri. Persiapan itu memang particular sebab saya bawa b@yi. Dengan usianya baru empat bulan, pandemik lagi, prosedur memang banyak.

“Untuk kuarantin berdua saja dengan Fahri, memang saya kena sedia segalanya barang dia. Fokus saya semuanya untuk Fahri.

“Saya tak fikir persiapan panjang, 14 hari ini yang penting. Sebab tak boleh nak berinteraksi dengan orang luar,” katanya lagi.

Dayah dan Fahri akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.

Terdahulu, Dayah berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018. Pasangan ini dikurniakan Fahri pada 17 Ogos 2020.

Sumber: Dayah Bakar via Oh Bulan

Facebook Comments

Be the first to comment on "Ramai Pelik Tgk Dayah Berjalan Tanpa Pakai Mask Bersama Anak Dan Sumi. Ini Penjelasan Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*